awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinggal di pondok dekat reban ayam, warga emas bakal miliki rumah selesa

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
07/10/2021
03:29 MYT
Tinggal di pondok dekat reban ayam, warga emas bakal miliki rumah selesa
ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Hashim Hamzah, 60, (kiri) ketika meninjau keadaan tempat tinggal warga emas tersebut di Kampung Gong Nering, Kuala Besut pada Rabu. - Foto BERNAMA
JERTEH: Kisah duka warga emas dari Kampung Gong Nering, Kuala Besut, Terengganu mendapat perhatian pelbagai pihak selepas tular di media sosial.
Hashim Hamzah, 60, tinggal bersebelahan reban ayam di kawasan kebun getah milik rakannya sejak lima tahun lalu.
Menurut Hashim, dia yang hidup sebatang kara selepas berpisah dengan isterinya, bersyukur apabila rakan lamanya sudi membantu.
"Jadi lepas saya berpisah dengan isteri, saya balik semula ke Kampung Beris Baru Gong Nering tetapi di sini saya tiada tempat tinggal.
"Jadi saya berjumpa dengan rakan saya, dia bagi saya duduk dalam kebun getah dia, di belakang saya ini reban ayam.
"Saya tinggal di sini tiada api, tiada air cuma ada air telaga dan pakai api pelita," katanya.
Rakannya, Mat Rashid Abdullah berkata, dia mencadangkan Hashim untuk tinggal di kawasan itu selepas dia mengadu tiada tempat untuk berteduh.
"Lima tahun lepas dia mari jumpa saya, dia tiada kerja masa itu, jadi saya pun tolong beri kerja kepada dia.
"Lepas itu dia tiada tempat tinggal, saya beri tempat reban ayam saya ini, tetapi dia betulkan sendiri," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman bersama wakil Muszleem malaysia, Mohd Aizat Mohd Zubir mengunjungi kediaman Hashim di kebun getah berkenaan.
"Kami sasarkan lebih kurang dalam RM15,000 untuk menyediakan ruang bilik Hashim dan juga bilik air kerana kami dimaklumkan peringkat awal, Hashim tinggal di rumah ini tidak mempunyai elektrik, tidak mempunyai sumber air dan juga bilik air.
"InsyaAllah kami akan cuba melengkapkan keperluan asas, kita cuba secepat mungkin bergantung kepada sumbangan daripada orang ramai," katanya.
Menurut Tengku Zaihan, pihaknya turut meminta Jabatan Kebajikan Rakyat (JKM) untuk memberi pertimbangan supaya bantuan bulanan diberi kepada Hashim.
"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak ngo iaitu Muszleem Malaysia kerana mengadakan inisiatif bagi membina sebuah rumah kediaman yang lebih selesa untuk Hashim.
"Saya juga akan panjangkan perkara ini kepada pihak JKM supaya diberi pertimbangan diberi bantuan bulanan kepada Hashim untuk menyara kehidupan," katanya.
Topic Berkaitan
#warga emas
#pondok
#reban ayam
#Hashim Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan