awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinjauan CNN dapati 59 peratus warga AS tidak setuju serang Iran

Bernama
Bernama
03/03/2026
09:36 MYT
Tinjauan CNN dapati 59 peratus warga AS tidak setuju serang Iran
Menurut tinjauan CNN, 59 peratus warga AS tidak bersetuju dengan keputusan negara itu mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran. - Gambar fail/AP
Tinjauan CNN yang dikeluarkan pada Isnin menunjukkan 59 peratus warga Amerika Syarikat (AS) tidak bersetuju dengan keputusan negara itu mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran, lapor Xinhua.
Tinjauan, yang dikendalikan oleh SSRS, dijalankan sejurus selepas tentera AS dan Israel melancarkan serangan.
Sebanyak 60 peratus daripada responden berkata mereka tidak fikir Presiden AS Donald Trump mempunyai rancangan yang jelas untuk mengendalikan situasi itu, dan 62 peratus berkata beliau perlu mendapatkan kelulusan Kongres bagi sebarang tindakan ketenteraan selanjutnya.
Kira-kira 39 peratus berkata AS tidak berusaha sepenuhnya dalam diplomasi sebelum menggunakan kekuatan ketenteraan, manakala hanya 27 peratus merasakan bahawa AS melakukan usaha yang cukup dalam diplomasi, dan 33 peratus tidak pasti.
Sekitar 56 peratus pula berkata mereka melihat konflik ketenteraan jangka panjang antara AS dan Iran sebagai berkemungkinan besar (berlanjutan).
Survei terbaharu itu dikeluarkan sehari selepas tinjauan Reuters/Ipsos menunjukkan bahawa 43 peratus rakyat AS menentang serangan ke atas Iran.
Kedua-dua tinjauan dikeluarkan kerana Ahli Kongres Demokrat dan Republikan sangat berbelah bahagi mengenai serangan ke atas Iran.
Republikan jauh lebih berkemungkinan daripada Demokrat untuk meluluskan tindakan ketenteraan, kerana hanya 18 peratus Demokrat dan 32 peratus Ahli Kongres Bebas meluluskan tindakan itu, berbanding 77 peratus Republikan, menurut tinjauan CNN.
Ahli Kongres Demokrat menyelar tindakan itu kerana tiada ancaman dan serangan itu tidak mendapat persetujuan Kongres. Mereka juga memberi amaran bahawa Trump berpotensi mengheret AS dalam satu lagi konflik Timur Tengah yang berlarutan.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#tinjauan
#Iran
#tindakan ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan