awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TLDM berhasrat tambah helikopter berkeupayaan antikapal selam

Bernama
Bernama
30/03/2022
09:54 MYT
TLDM berhasrat tambah helikopter berkeupayaan antikapal selam
Skuadron 502 TLDM yang terdiri daripada enam helikopter AS555SN telah berkhidmat semenjak tahun 2004 dan berfungsi sebagai helikopter latihan serta menyokong operasi penerbangan. - Gambar/ FB TLDM
KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhasrat untuk menambah aset helikopter yang mempunyai keupayaan peperangan antikapal selam dan berteknologi baharu berbanding helikopter AS555SN Fennec.
Menurut Panglima Udara TLDM Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin Abu Bakar, helikopter AS555SN Fennec ini tidak lagi dikeluarkan buat masa ini dan cawangan udara TLDM akan melihat kepada aset helikopter yang bersesuaian pada masa akan datang sebagai perancangan jangka panjang.
Beliau memberitahu kepada pemberita hari ini selepas majlis penyampaian anugerah bagi meraikan rekod cemerlang operasi penerbangan Skuadron 502 dengan mencatatkan rekod pencapaian 20,000 jam penerbangan oleh helikopter AS555SN Fennec.
Majlis tersebut berlangsung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 yang bermula pada Isnin di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pemasaran Asia Pasifik Airbus Helicopters Fabrice Rochereau kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM Komander Fairul Mohd Shukor dan disaksikan oleh Ahmad Shafirudin.
Ahmad Shafirudin berkata Skuadron 502 TLDM yang terdiri daripada enam helikopter AS555SN telah berkhidmat semenjak tahun 2004 dan berfungsi sebagai helikopter latihan serta menyokong operasi penerbangan.
"Pencapaian 20,000 jam penerbangan dapat dicapai setelah kami menggunakannya dalam pelbagai operasi, termasuk tugasan untuk menjayakan Ops Fajar di perairan Somalia serta pelbagai latihan di peringkat dua hala (bilateral) dan pelbagai hala (multilateral)," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TLDM
#helikopter baharu
#helikopter antikapal selam
#Ahmad Shafirudin Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan