awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMIYC jadi hab belia di Johor, cipta peluang untuk generasi muda berkualiti

Hilmi Malik
Hilmi Malik
24/10/2022
04:55 MYT
TMIYC jadi hab belia di Johor, cipta peluang untuk generasi muda berkualiti
TMIYC jadi lubuk anak muda bertukar minat dan pandangan. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Soal perkembangan belia di negara ini perlu terus diperkasakan dalam usaha melahirkan lebih ramai generasi muda yang berkualiti dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Bagaimanapun ada kalanya golongan tersebut dipandang serong terutamanya apabila melihat kepada aktiviti sesetengah daripada mereka yang tidak bermanfaat selain terlibat dengan masalah sosial.
Bagaimanapun keadaan itu tidak dinafikan berpunca akibat kurangnya pusat tarikan golongan belia untuk dijadikan lubuk bagi orang muda melakukan aktiviti.
Mengambil contoh di negeri Johor, Tunku Mahkota Ismail Youth Club (TMIYC) di sini merupakan salah satu inisiatif terbaik dalam menyediakan hab seumpamanya selain membuka banyak peluang perniagaan dan pekerjaan yang boleh diterokai.
Selain itu, TMIYC juga merupakan ruang buat anak muda di negeri itu untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuk sukan rekreasi.
Belia | TMIYC jadi hab belia di Johor, cipta banyak peluang
Antara tumpuan utama aktiviti sukan lasak . - Foto Astro AWANI
Antara tumpuan utama aktiviti sukan lasak. - Foto Astro AWANI
Menurut Pengasas Petit Outdoor, Sharin Hashim, pusat itu telah membuka ruang kepada anak muda mencari pengalaman dari pelbagai jenis bidang.
“Saya tidak lihat pusat ini hanya untuk rekreasi kerana mereka (belia) boleh berniaga di sini dan kalau perlukan mentor ada ramai yang boleh bantu jadi mereka boleh pilih laluan masing-masing.
“Untuk akan datang tidak mustahil pusat ini mampu lahirkan ramai hero Johor kerana kita hendak mereka ini dari zero to hero Insya Allah akan datang,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Perkembangan golongan belia tidak cukup sekiranya tidak melibatkan kepelbagaian kaum khususnya dalam soal berkongsi pengalaman dan idea.
Ujar Sharin lagi, lokasi itu juga menggalakkan kehadiran pelbagai bangsa untuk hadir dan sesetengahnya berkongsi meja dan melakukan pelbagai jenis aktiviti.
Konsep perniagaan urban jadi salah satu peluang perniagaan buat anak muda. - Foto Astro AWANI
Konsep perniagaan urban jadi salah satu peluang perniagaan buat anak muda. - Foto Astro AWANI
“Kita tidak lihat pada warna kulit kerana semua yang datang memang ada positive vibe dan itu yang kita nak kekalkan.
“Tempat ini kalau orang datang kita nak mereka jadi sebahagian daripada komuniti di pusat ini,” katanya lagi.
Meskipun kelihatan lebih menumpukan kepada hab belia, konsep TMIYC juga kelihatan mesra keluarga dengan wujudnya pelbagai jenis perniagaan yang berkonsepkan urban.
Bahkan segala aktiviti boleh dilakukan seisi keluarga tidak kira sama ada aktiviti beriadah dan juga rekreasi.
Pusat yang masih dikatakan baharu dibuka itu mula terbuka kepada orang awam bermula 7 pagi hingga 12 malam.
Lokasi tumpuan itu juga dikatakan sesak setiap kali hujung minggu atau cuti umum yang turut menerima kunjungan daripada orang luar.
Topic Berkaitan
#TMIYC
#peluang pekerjaan
#hab belia
#golongan muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan