awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB akan rayu taksiran tambahan LHDN berjumlah RM1.39 bilion

Bernama
Bernama
20/08/2024
20:00 MYT
TNB akan rayu taksiran tambahan LHDN berjumlah RM1.39 bilion
Tenaga Nasional Bhd akan mengemukakan rayuan berhubung notis taksiran tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM685.82 juta dan RM705.24 juta bagi tahun taksiran 2020 dan 2021.
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan mengemukakan rayuan berhubung notis taksiran tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM685.82 juta dan RM705.24 juta bagi tahun taksiran 2020 dan 2021.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat utiliti itu berkata, notis yang diterima pada Isnin (19 Ogos, 2024) adalah menyamai notis diterima pada tahun-tahun sebelumnya yang pada masa ini di peringkat mahkamah.
Malah, TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.
"Mengikut nasihat perundangan daripada peguam cara cukai kami, TNB berpendirian bahawa ia mempunyai asas undang-undang yang baik untuk mempertikaikan taksiran dibangkitkan secara silap oleh pihak LHDN.
"Oleh itu, sepertimana sebelum ini, TNB akan membuat rayuan terhadap notis berkenaan secepat mungkin," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#rayu taksiran tambahan
#LHDN
#cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan