awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB siap siaga pastikan bekalan elektrik lancar sepanjang Aidilfitri

Bernama
Bernama
30/03/2025
08:00 MYT
TNB siap siaga pastikan bekalan elektrik lancar sepanjang Aidilfitri
TNB telah melaksanakan beberapa projek naik taraf sistem rangkaian bekalan elektrik di seluruh negara selain menempatkan 271 jana kuasa bergerak di lokasi strategik sebagai persediaan tambahan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil langkah persediaan menyeluruh bagi memastikan kestabilan bekalan elektrik dan keselesaan pengguna di seluruh Semenanjung sepanjang sambutan Aidilfitri.
Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Mahathir Nor Ismail berkata sebagai langkah awal, pihaknya telah melaksanakan beberapa projek naik taraf sistem rangkaian bekalan elektrik di seluruh negara selain menempatkan 271 jana kuasa bergerak di lokasi strategik sebagai persediaan tambahan.
"Lebih 10,000 pekerja TNB bersiap siaga bersiap siaga 24 jam sehari bermula dua hari sebelum Syawal hingga hari raya ketiga bagi memastikan bekalan elektrik stabil.
"Pasukan teknikal TNB akan terus membuat pemantauan yang rapi dan akan mengambil tindakan pantas memulihkan bekalan sekiranya gangguan bekalan berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahathir turut menasihati pengguna agar mengutamakan keselamatan elektrik ketika meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung dan semasa mengadakan rumah terbuka Aidilfitri.
"Sebelum pulang ke kampung, matikan suis utama dan cabut palam peralatan elektrik yang tidak digunakan, jangan bebankan soket dengan terlalu banyak peralatan elektrik atau kabel penyambung," katanya.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi TNB CareLine menerusi talian 1-300-88-5454 atau platform media sosial rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#Aidilfitri
#bekalan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan