awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tok Mat 'jemput' Kamala Harris makan nasi goreng USA

Bernama
Bernama
30/10/2024
07:30 MYT
Tok Mat 'jemput' Kamala Harris makan nasi goreng USA
Mohamad secara sinis berterima kasih kepada Carlson. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menggunakan media sosial pada Rabu untuk memberikan respons berjenaka terhadap dakwaan terbaharu pengulas politik Amerika Syarikat (AS), Tucker Carlson, bahawa calon Presiden AS, Kamala Harris, mempunyai asal-usul keturunan di Malaysia.
Kenyataan Carlson, yang dibuat semasa perhimpunan bagi bekas Presiden AS Donald Trump pada 27 Oktober telah mencetuskan rasa tidak percaya dan melucukan dalam kalangan rakyat Malaysia, yang terkejut apabila nama negara disebut dalam kempen pilihan raya AS.
Dalam satu respons berjenaka di Instagram, Mohamad berkata: "Terima kasih kerana membawa perkara ini ke perhatian kami, Encik Carlson. Kami tidak tahu bahawa seorang calon dari Malaysia bertanding untuk jawatan Presiden AS."
"Jika Puan Kamala menang, kami dengan sukacitanya menjemput beliau untuk #balikkampung dan mencuba #nasigorengUSA ?," tambahnya ketika menzahirkan jemputan itu secara berseloroh.
Mohamad turut berkongsi pautan dalam hantaran berkenaan kepada artikel pendapat oleh Rahim Said, seorang pakar tingkah laku manusia dan penyumbang tetap kepada platform dalam talian, yang mengulas isu itu dalam bentuk humor.
Dalam artikel bertajuk "Keep Malaysia Out of Your Mouth, Tucker Carlson," Rahim mengkritik Carlson kerana seolah-olah mengabaikan fakta asas, menyifatkan kenyataan pengulas itu sebagai "penyimpangan luar biasa daripada realiti."
Artikel itu dengan sinis menyebut bahawa dakwaan Carlson menyebabkan ramai rakyat Malaysia "terkedu dan memeriksa peta dunia untuk memastikan fakta."
Dakwaan Carlson bahawa Harris yang berketurunan campuran Jamaica dan India, adalah "Samoa-Malaysia" telah menjadi bahan ketawa secara meluas di media sosial selepas ucapannya pada perhimpunan Trump di Madison Square Garden pada 27 Oktober (Ahad).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kamala Harris
#Mohamad Hasan
#keturunan Malaysia
#Tucker Carlson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan