awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM simpulkan lawatan sulung ke luar negara beri pendedahan besar

Bernama
Bernama
05/07/2018
06:13 MYT
TPM simpulkan lawatan sulung ke luar negara beri pendedahan besar
Dr Wan Azizah pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Asia mengenai Pengurangan Risiko Bencana selama empat hari di Ulaanbaatar, Mongolia. --fotoBERNAMA
Datuk Seri Dr Wan Azizah menyimpulkan lawatan sulungnya ke luar negara sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Mongolia adalah satu pendedahan yang hebat dan berjanji untuk mengekalkan perbelanjaan berhemah ketika melaksanakan tugas rasmi di luar negara.
"Alhamdulillah. Ia adalah pengalaman pembelajaran yang hebat bagi saya, pendedahan pertama saya mewakili Malaysia di luar negara," katanya ketika menyimpulkan lawatan beliau ke Mongolia.
Dr Wan Azizah dalam perjalanan pulang selepas melakukan lawatan tiga hari di ibu negara Mongolia sempena Persidangan Menteri-Menteri Asia mengenai Pengurangan Risiko Bencana (AMCDRR).
Beliau berkata Malaysia meraih banyak manfaat menyertai AMCDRR dalam bidang pengurangan risiko bencana.
"Kami mendapat idea, (membina) jaringan dengan hubungan Asia yang penting. Malaysia dapat mempelajari ilmu bermanfaat dan turut juga menyumbang," katanya.
AMCDRR merupakan platform untuk membincangkan mekanisme serantau bagi menangani isu-isu berkaitan pengurangan risiko bencana di rantau Asia Pasifik.
Lebih 3,000 perwakilan dari 50 negara Asia Pasifik berhimpun di ibu negara Mongolia bagi menghadiri persidangan empat hari yang berakhir esok.
Dr Wan Azizah membuat keputusan untuk menaiki penerbangan komersial untuk lawatan sulung ke luar negara kerana faktor kos dan tidak menaiki pesawat kerajaan kerana ia melibatkan kos yang tinggi dan memilih menginap di bilik hotel jenis biasa.
Ditanya sama ada menteri Kabinet yang lain dikehendaki mengikuti pendekatan beliau memilih 'perbelanjaan berhemah' semasa lawatan ke luar negara, Dr Wan Azizah berkata ia adalah nasihat daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan masalah kewangan yang dihadapi negara.
Beliau juga berkata lawatan ke luar negara oleh menteri Kabinet perlu dibentangkan kepada Kabinet terlebih dahulu untuk kelulusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hotel biasa
#pesawat
#TPM
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan