awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tradisi 'ngabang' meriahkan sambutan Gawai Dayak

Bernama
Bernama
01/06/2014
08:54 MYT
Tradisi 'ngabang' meriahkan sambutan Gawai Dayak
Penghulu Dihoi Nyawen, 58, (kiri) memakaikan topi tradisional suku kaum Bidayuh pada isterinya, Kisem Jones, 55, di hadapan rumah tradisional mereka sebagai persiapan menyambut perayaan Gawai Dayak. --fotoBERNAMA
Hari Gawai Dayak disambut secara sederhana tetapi meriah oleh seluruh masyarakat Dayak di Sarawak hari ini dengan mengadakan acara-acara tradisi dan tidak ketinggalan majlis rumah terbuka.
Sambutan dimeriahkan dengan budaya 'ngabang' iaitu amalan kunjung mengunjung antara anggota keluarga terdekat dan rakan taulan.
Penduduk Sarawak bercuti dua hari sempena perayaan itu.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem yang juga Anggota Parlimen Serian tidak ketinggalan mengadakan rumah terbuka di kampung kelahirannya, Kampung Pichin, dekat sini.
Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Kampung Pichin itu bermula 10 pagi diserikan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti pertunjukan pakaian tradisi, persembahan tarian tradisional masyarakat Dayak dan acara 'Minum Ucap Selamat Gawai'.
Pada majlis yang sama turut diadakan pogram turun padang agensi-agensi Kementerian Sumber Manusia dan majlis bertemu pelanggan sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2014.
Esok Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia: Hari Gawai Dayak 2014 di Dataran Kipas, Miri.
Topic Berkaitan
#Hari Gawai Dayak
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan