awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

Bernama
Bernama
10/07/2016
03:00 MYT
Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama
Keadaan aliran trafik dari arah utara menuju ke ibu kota sesak ketika tinjauan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hari ini. - Foto Bernama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ibu kota dilaporkan perlahan setakat 10 pagi ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik dilaporkan perlahan di Taiping ke Changkat Jering, Jelapang ke Hentian Sebelah Simpang Pulai dan Sungkai ke Slim River.
"Trafik perlahan disebabkan peningkatan kenderaan di kawasan berkenaan, namun keadaan masih terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dari Plaza Tol Karak dan Plaza Tol Bentong menghala ibu kota, namun terkawal.
Bagaimanapun, katanya aliran Trafik di Lebuhraya Pantai Timur 2 lancar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Topic Berkaitan
#Aidilfiri
#balik raya
#Lebuhraya PLUS
#sesak
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan