awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trend pendaratan ikan tunjuk tanda pemulihan - Jabatan Perikanan

Bernama
Bernama
26/08/2021
06:47 MYT
Trend pendaratan ikan tunjuk tanda pemulihan - Jabatan Perikanan
Kesan daripada langkah pemulihan, pendaratan ikan zon pantai di Pantai Barat Semenanjung telah menunjukkan peningkatan positif. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Trend pendaratan ikan menunjukkan tanda-tanda pemulihan melalui pelbagai langkah kawalan dan pemulihan sumber perikanan dilaksanakan di seluruh negara sejak 2016, menurut Jabatan Perikanan (DOF).
DOF berkata, antara langkah yang telah diambil ialah pindaan Akta Perikanan 1985 dan pengezonan semula kawasan penangkapan ikan.
Menurut jabatan itu, pindaan Akta Perikanan 1985 yang dibuat pada 2019 telah membantu DOF mengurus sumber dengan lebih baik dan mengawal aktiviti tangkapan ikan haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal (IUU).
"Penguatkuasaan Akta Perikanan 1985 tidak terhad terhadap pencerobohan vesel asing malahan turut dikuatkuasakan kepada vesel penangkapan ikan tempatan.
"Kesalahan yang biasa dilakukan adalah penggunaan peralatan dilarang, menangkap ikan tanpa lesen dan pencerobohan di kawasan zon menangkap ikan," menurut DOF dalam kenyataan hari ini.
DOF berkata, tindakan tegas telah diambil terhadap vesel tempatan yang tidak mematuhi peraturan dan syarat lesen dan telah berjaya mengurangkan bilangan vesel menangkap ikan daripada 56,211 buah pada 2015 kepada 48,826 pada tahun lepas.
Mengenai pelaksanaan pengezonan semula kawasan penangkapan ikan di negeri pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Perlis, DOF berkata ia dibuat sebagai tindakan pemulihan perairan yang mengalami kemerosotan sumber.
"Kesan daripada langkah pemulihan ini, pendaratan ikan zon pantai di Pantai Barat Semenanjung telah menunjukkan peningkatan positif walaupun bilangan vesel beroperasi telah berkurangan," katanya.
Dalam pada itu, DOF berkata sebanyak 1,606 unit tukun tiruan dengan kos melebihi RM27 juta telah dilabuhkan di seluruh negara sejak 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ikan
#perairan negara
#jabatan perikanan
#pemulihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan