awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump sampaikan ucapan penting ketika sokongan awam terhadap pentadbirannya merosot

Bernama
Bernama
24/02/2026
22:56 MYT
Trump sampaikan ucapan penting ketika sokongan awam terhadap pentadbirannya merosot
Presiden Trump bakal menyampaikan ucapan State of the Union hari ini (Selasa malam, waktu tempatan) dalam keadaan politik yang mencabar, ketika sokongan rakyat terhadap kepimpinannya merosot. - Gambar AP
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bakal menyampaikan ucapan State of the Union hari ini (Selasa malam, waktu tempatan) dalam keadaan politik yang mencabar, ketika sokongan rakyat terhadap kepimpinannya merosot dan negara berdepan perubahan besar sejak beliau kembali ke White House setahun lalu.
Tinjauan pendapat terbaharu menunjukkan hanya sekitar 36 hingga 39 peratus rakyat Amerika berpuas hati dengan prestasi Trump, menandakan penurunan mendadak dalam sokongan terhadap penggal keduanya.
Ucapan kali ini dilihat sebagai peluang penting untuk memulihkan keyakinan rakyat menjelang pilihan raya pertengahan penggal dalam tempoh lapan bulan.
Trump selama ini melaksanakan agenda penggal kedua dengan pantas dan agresif - mengetatkan kawalan imigresen sehingga hampir menutup sempadan, menekan pakatan antarabangsa, serta mencabar institusi tradisi yang menjadi tunjang sistem politik Amerika.
Namun tindakan tersebut turut mencetuskan bantahan awam dan tekanan terhadap pentadbirannya.
Antara isu yang menjejaskan popularitinya ialah penghantaran besar-besaran ejen imigresen ke bandar seperti Minneapolis, yang membawa kepada protes besar susulan insiden pembunuhan dua rakyat AS oleh pegawai imigresen.
Pentadbiran akhirnya berundur daripada pendekatan keras itu, dengan Trump berjanji menggunakan “sentuhan lebih lembut.”
Dalam bidang ekonomi, meskipun pasaran saham hampir mencecah rekod dan kadar pengangguran kekal rendah, pertumbuhan ekonomi masih di bawah jangkaan.
Beberapa dasar perdagangan Trump, termasuk tarif tinggi ke atas rakan dagang utama, tidak popular dan baru-baru ini sebahagiannya ditolak oleh Mahkamah Agung sebagai tidak sah.
Pentadbiran beliau turut berdepan halangan apabila Kongres yang dikuasai Demokrat enggan meluluskan pembiayaan tambahan bagi kemudahan tahanan imigresen tanpa perlindungan undang-undang baharu.
Kebuntuan itu masih berlanjutan.
Trump sebelum ini dilaporkan merancang untuk mengadakan siri jelajah nasional bagi mempromosi rekod ekonomi dan menangani isu kos sara hidup, namun usaha itu tidak berjalan lancar.
Banyak cadangan dasar seperti had kadar faedah kad kredit dan cek “pulangan tarif” masih tidak menunjukkan perkembangan ketara.
Dalam ucapannya kelaj, Trump dijangka cuba merubah persepsi rakyat terhadap ekonominya serta menjelaskan langkah Amerika mengumpul kekuatan ketenteraan untuk kemungkinan tindakan terhadap Iran - satu perkembangan dasar luar yang boleh mengubah landskap politik AS.
Penganalisis politik berpendapat, Trump lazimnya menggunakan ucapan kepada Kongres untuk menonjolkan pencapaiannya sambil menyerang pengkritik.
Namun, situasi getir ketika ini menuntut beliau memperluas sokongan di luar kelompok penyokong tegar.
“Presiden biasanya cuba meluaskan daya tarikan agenda mereka dalam ucapan seperti ini, tetapi itu bukan pendekatan tipikal Trump,” kata seorang profesor komunikasi politik.
Ucapannya itu juga bakal memberi gambaran hala tuju kempen Republikan menjelang pilihan raya dan sama ada presiden bersedia mengubah pendekatannya - sesuatu yang pemerhati politik anggap tidak mungkin.
Dengan masa semakin suntuk, ucapan tersebut mungkin menjadi penentu sama ada Trump mampu memperbaiki kedudukan politiknya atau terus berdepan gelombang penentangan yang semakin meningkat. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#ucapan Presiden AS
#sokongan merosot
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan