awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tangguh pelaksanaan Akta Jones kekang kenaikan harga minyak

Bernama
Bernama
18/03/2026
16:58 MYT
Trump tangguh pelaksanaan Akta Jones kekang kenaikan harga minyak
Sebagai sebahagian daripada usaha mengekang lonjakan harga minyak, Amerika Syarikat turut mengumumkan akan melepaskan 172 juta tong minyak daripada Rizab Petroleum Strategiknya. - Gambar fail/REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menangguhkan pelaksanaan Akta Jones selama 60 hari pada Rabu dalam usaha mengekang kenaikan harga minyak yang berpunca daripada penutupan Selat Hormuz di luar pantai Iran, lapor Xinhua.
Akta Jones menetapkan bahawa semua barangan yang diangkut antara pelabuhan AS mestilah dibawa secara eksklusif oleh kapal buatan Amerika.
"Keputusan Presiden Trump untuk mengeluarkan pengecualian Akta Jones selama 60 hari merupakan satu lagi langkah bagi mengurangkan gangguan jangka pendek terhadap pasaran minyak ketika tentera AS terus memenuhi objektif 'Operasi Epic Fury'," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt dalam satu kenyataan.
"Tindakan ini akan membolehkan sumber penting seperti minyak, gas asli, baja, dan arang batu mengalir bebas ke pelabuhan AS selama 60 hari, dan pentadbiran ini kekal komited untuk terus memperkukuh rantaian bekalan kritikal kami," katanya.
Sebagai sebahagian daripada usaha mengekang lonjakan harga minyak, Amerika Syarikat turut mengumumkan akan melepaskan 172 juta tong minyak daripada Rizab Petroleum Strategiknya.
Memandangkan harga tenaga terus meningkat di tengah-tengah gangguan yang dikaitkan dengan konflik Iran, media tempatan turut menyifatkan langkah itu sebagai usaha mengurangkan kos penghantaran domestik, menyokong logistik ketenteraan, serta memastikan bekalan bahan api yang konsisten ke pangkalan dan operasi AS.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Akta Jones
#harga minyak 
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan