awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tetapkan tarif 100 peratus pada import farmaseutikal tertentu

Bernama
Bernama
03/04/2026
02:24 MYT
Trump tetapkan tarif 100 peratus pada import farmaseutikal tertentu
Trump berkata import terbabit adalah "dalam kuantiti dan dalam keadaan yang mengancam untuk menjejaskan keselamatan negara AS." - Foto fail/REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengenakan tarif ad valorem 100 peratus ke atas import farmaseutikal tertentu yang dipatenkan dan bahan farmaseutikal berkaitan, lapor Xinhua.
Dalam perintah eksekutif yang ditandatangani pada Khamis, Trump berkata import terbabit adalah "dalam kuantiti dan dalam keadaan yang mengancam untuk menjejaskan keselamatan negara AS."
Tarif yang dikenakan akan berkuat kuasa pada atau selepas 12.01 tengah malam waktu siang timur pada 31 Julai 2026.
Tarif adalah sebanyak 20 peratus untuk produk syarikat yang mempunyai, atau yang berkemungkinan tidak lama lagi mempunyai, rancangan memindahkan operasi ke negara asal (onshoring) yang diluluskan oleh setiausaha perdagangan AS, namun akan meningkat kepada 100 peratus pada 2 April 2030, menurut perintah itu.
Jepun, Kesatuan Eropah, Korea Selatan dan Switzerland bersama Liechtenstein yang telah mencapai perjanjian perdagangan dengan AS akan dikenakan tarif 15 peratus manakala Britain akan berdepan tarif 10 peratus, menurut perintah itu.
Produk farmaseutikal generik, biosimilar dan bahan berkaitan telah dikecualikan daripada tarif pada masa ini, termasuk ubat nuklear, terapi terbitan plasma, rawatan kesuburan dan terapi sel dan gen, menurut perintah itu.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#tarif
#import farmaseutikal
#perintah eksekutif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan