awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ari Lesmana pertaruh konsert Solo 'MANGU' di Zepp KL Ogos Ini
Agong, Raja Permaisuri dikurniakan cucunda ketujuh
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tugas getir menanti Speedy Tigers di Piala Dunia

Reuters
Reuters
19/03/2026
00:27 MYT
Tugas getir menanti Speedy Tigers di Piala Dunia
Speedy Tigers diletakkan dalam kumpulan maut bersama Jerman, Belgium dan Perancis di Piala Dunia Hoki 2026. - Foto MHC/Sinar Harian
SKUAD hoki kebangsaan berdepan cabaran getir selepas diundi dalam Kumpulan B Piala Dunia Hoki 2026 yang akan berlangsung di Belgium dan Belanda dari 14 hingga 30 Ogos depan.
Berdasarkan undian Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), anak buah Sarjit Singh bakal bertemu juara bertahan Jerman, naib juara edisi lalu, Belgium dan Perancis yang kini menduduki ranking ke-10 dunia.
Undian ini meletakkan Speedy Tigers dalam kumpulan maut kerana hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke pusingan kedua.
Dengan ranking dunia semasa berada di tangga ke-15, skuad negara kini berdepan laluan sukar untuk mara ke pusingan seterusnya.
Menurut penganalisis sukan, Zakaria Rahim, cabaran yang menanti Malaysia bukan sahaja di padang, tetapi turut melibatkan kesiapsiagaan fizikal dan mental pemain.
“Speedy Tigers perlu memastikan pasukan berada dalam keadaan optimum. Kalau tidak, kita berdepan risiko ditewaskan secara bergilir-gilir oleh pasukan Eropah,” katanya.
Tambah Zakaria, walaupun Malaysia adalah pasukan terakhir yang layak ke Piala Dunia, prestasi semasa menunjukkan kemenangan satu perlawanan pun sudah dianggap bertuah.
Tambahnya, dalam situasi bajet terhad dan moral pemain yang rendah, layak ke separuh akhir dianggap umpama “mimpi dalam mimpi”.
Malaysia akan memulakan saingan dengan menentang Jerman pada 15 Ogos, sebelum bertemu Perancis dua hari kemudian dan tuan rumah Belgium pada 19 Ogos.
"Dengan jadual padat dan lawan bertaraf dunia, barisan Speedy Tigers perlu berada pada tahap maksimum untuk menyaingi gergasi hoki dunia," ujarnya.
Selain Malaysia, beberapa pasukan gergasi lain turut berdepan cabaran getir, misalnya India dan Pakistan yang diundi dalam Kumpulan D akan bertemu pasukan keempat dunia, England dan Wales.
Kumpulan A pula menyaksikan Jepun berdepan Belanda, Argentina dan New Zealand, manakala Australia akan mencabar Sepanyol, Ireland dan Afrika Selatan dalam Kumpulan C.
Malaysia mengesahkan slot ke Piala Dunia Hoki 2026 walaupun menamatkan kempen kelayakan di tempat keempat, mengatasi Wales (16) dan Poland (20) berdasarkan ranking dunia semasa.
Pencapaian terbaik skuad negara dalam sejarah Piala Dunia adalah tempat keempat pada edisi 1975 ketika menjadi tuan rumah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Speedy Tigers
#Piala Dunia
#hoki
#penganalisis sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan