awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh remaja direman bantu siasatan kes rogol remaja 13 tahun

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
19/08/2021
10:42 MYT
Tujuh remaja direman bantu siasatan kes rogol remaja 13 tahun
Tujuh remaja itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Kota Bharu semalam. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Tujuh remaja lelaki dikenakan perintah reman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes rogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, awal tahun ini.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Nor Faezah Abdullah.
Kesemua remaja yang berusia antara 15 hingga 18 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan kerana disyaki rogol berkumpulan.
Difahamkan, mereka melakukan kesalahan itu beberapa kali sebelum ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris mengesahkan tujuh remaja lelaki itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga Isnin.
Katanya, tujuh remaja itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Kota Bharu semalam.
Topic Berkaitan
#rogol
#remaja
#Tahanan reman
#bantu siasatan
#remaja ditahan
#remaja perempuan 13 tahun
#Kota Bharu
#Kelantan
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan