awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular: Polis buka kertas siasatan video rakaman kamera tersembunyi bilik persalinan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/01/2023
05:55 MYT
Tular: Polis buka kertas siasatan video rakaman kamera tersembunyi bilik persalinan
Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus keselamatan sebuah pusat-beli belah selepas rakaman itu tular. - Foto IPD Dang Wangi
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman video daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat beli-belah di ibu negara yang tular, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus keselamatan sebuah pusat beli belah di Jalan Imbi, di sini pada pukul 4.38 petang, Isnin lalu selepas rakaman itu tular di media soaial.
Namun katanya, berdasarkan siasatan awal, kejadian itu tidak berlaku di pusat beli-belah berkenaan.
"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Menurut Noor Dellhan, video berdurasi 11 saat itu turut dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Nishae, kira-kira pukul 9 pagi Rabu.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-414 9917 atau Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#video tular
#fitting room
#pusat beli belah
#video tersembunyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan