awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Lubnan sebahagian yang "tidak dapat dipisahkan" daripada gencatan senjata - Speaker Parlimen Iran
Konflik Asia Barat: Iran nafi lancar peluru berpandu ke arah negara Teluk selepas gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular: Polis terima laporan doktor dibelasah di Bandar Baru Bangi

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
05/10/2019
07:42 MYT
Tular: Polis terima laporan doktor dibelasah di Bandar Baru Bangi
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya menerima laporan daripada doktor lelaki itu sendiri pada pukul 3.45 petang, pada Jumaat. - Foto ihsan pembaca
Polis menerima laporan mengenai seorang doktor perubatan dipukul oleh seorang lelaki di kliniknya di Bandar Baru Bangi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya menerima laporan daripada doktor lelaki itu sendiri pada pukul 3.45 petang, pada Jumaat.
"Kertas siasatan dibuka dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
"Punca kejadian masih dalam siasatan, justeru pihak polis menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil di mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Fahrul Anuar di nombor 014-3700870," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Terdahulu, sebuah video di Twitter memaparkan seorang lelaki yang dipercayai doktor dibelasah teruk ketika sedang bertugas di sebuah klinik swasta tular sejak awal pagi tadi. - Foto ihsan pembaca
Terdahulu, sebuah video di Twitter memaparkan seorang lelaki yang dipercayai doktor dibelasah teruk ketika sedang bertugas di sebuah klinik swasta tular sejak awal pagi tadi. - Foto ihsan pembaca
Terdahulu, sebuah video di Twitter memaparkan seorang lelaki yang dipercayai doktor dibelasah teruk ketika sedang bertugas di sebuah klinik swasta tular sejak awal pagi tadi.
Video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan doktor tersebut dipukul dan dipijak seorang lelaki kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya yang juga merupakan seorang jururawat.
Topic Berkaitan
#Bandar Baru Bangi
#dipukul
#doktor dibelasah
#jenayah
#Kajang
#perubatan
#polis
#siasatan
#video
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan