awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M luang 45 minit dengan Kit Siang bincang 'isu nasional'

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
02/07/2019
06:12 MYT
Tun M luang 45 minit dengan Kit Siang bincang 'isu nasional'
Dr Mahathir dan Kit Siang dilapor berbincang mengenai isu-isu nasional untuk memastikan Malaysia berjaya, cemerlang dan hebat sebagai sebuah negara. -Foto Instagram Liew Chin Tong
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa selama 45 minit untuk bertemu dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang di pejabatnya hari ini.
Perkara itu dikongsi Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong di akaun Twitter dan Instagramnya.
Menurut Chin Tong, kedua-dua pemimpin itu berbincang mengenai isu-isu nasional untuk memastikan "Malaysia berjaya, cemerlang dan hebat sebagai sebuah negara."
Sdr @limkitsiang bertemu Perdana Menteri Tun Dr @chedetofficial pagi ini, dan berbincang panjang lebar tentang isu-isu nasional. Pakatan Harapan dipimpin dan dipadu oleh mereka yang mahu melihat Malaysia berjaya, cemerlang dan hebat sebagai sebuah negara! pic.twitter.com/AtZFFhkj72
— Liew Chin Tong (@LiewChinTong) July 2, 2019
"Sdr Kit Siang bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pagi ini, dan berbincang panjang lebar tentang isu-isu nasional.
"Pakatan Harapan dipimpin dan dipadu oleh mereka yang mahu melihat Malaysia berjaya, cemerlang dan hebat sebagai sebuah negara!" tulis Pengerusi DAP Johor.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Kit Siang sebagai berkata ia merupakan pertemuan empat mata pertama mereka sejak pilihan raya umum lalu, namun tidak mendedahkan apa yang dibincangkan.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Kit Siang mendesak kerajaan agar bertindak terhadap individu yang terlibat dalam dakwaan cuba menutup skandal 1MDB.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#DAP
#Liew Chin Tong
#Lim Kit Siang
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan