awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Azizah temui bayi kembar tiga IVF tajaan TAFF

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2025
09:02 MYT
Tunku Azizah temui bayi kembar tiga IVF tajaan TAFF
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj, hari ini berkenan bercemar duli berangkat melawat bayi kembar tiga. - Sumber foto IG Kesultanan Pahang
MELAKA : Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj, pada Jumaat, berkenan bercemar duli berangkat melawat bayi kembar tiga yang dilahirkan menerusi rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) di Hospital Melaka.
Dua daripada bayi pasangan Mejar Mohd Fikry Amri Abd Halim dan Sabrina Hakiem Zaini iaitu Maryam Al Lubna dan Maryam Al Arwaa ditempatkan di wad penjagaan biasa dan seorang lagi, Maryam Al Khawla, dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana perlu menjalani pembedahan jantung.
Keberangkatan tiba Tunku Azizah pada 9.45 pagi disambut Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Ali Mohd Rustam serta isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman.
Dalam satu kenyataan di Instagram, beliah turut menzahirkan harapan agar pasangan berkenaan menjaga sendiri amanah yang dikurniakan Allah S.W.T itu.
“Saya harap mereka jaga sendiri dan bersyukurlah Allah SWT kurniakan tiga anak sekaligus selepas diuji dengan kehilangan seorang anak sebelum ini,” titah baginda.
Tunku Azizah turut berkenan meluangkan masa kira-kira 45 minit bertemu ketiga-tiga bayi berkenaan yang merupakan bayi ke-145, 146 dan 147 dilahirkan melalui program tajaan TAFF sejak yayasan itu ditubuhkan pada 2004.
View this post on Instagram
A post shared by KESULTANAN_PAHANG (@kesultanan.pahang)
Tunku Azizah turut mendoakan agar ketiga-tiga bayi itu membesar dengan sihat dan sentiasa dilimpahi kasih sayang.
Pada Januari lalu, baginda selaku Pengasas dan Pengerusi Seumur Hidup TAFF, dengan penuh keprihatinan menawarkan rawatan IVF percuma kepada pasangan terbabit selepas mereka kehilangan anak lelaki berusia lapan bulan akibat kecuaian pengasuh di sebuah pusat asuhan di Melaka.
Topic Berkaitan
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Instagram
#bayi
#IVF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan