awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye berjaya bawa pulang artifak purba Smyrna dari muzium Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
15/04/2026
09:55 MYT
Turkiye berjaya bawa pulang artifak purba Smyrna dari muzium Amerika Syarikat
Artifak yang dipercayai berasal dari abad kelima Masihi itu telah dibawa ke luar negara melalui saluran haram. - Foto: Denver Art Museum
Turkiye berjaya mendapatkan semula sebuah arca kepala marmar dari kota purba Smyrna yang sebelum ini disimpan di Amerika Syariat, menurut Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Mehmet Nuri Ersoy pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan yang dikongsi melalui platform media sosial Turkiye, NSosyal, Ersoy berkata artifak berkenaan yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada koleksi Muzium Seni Denver, telah dihantar pulang selepas pengesahan saintifik dilakukan terhadap asal usulnya.
Beliau berkata laporan tahun 1934 dan analisis pakar mengesahkan bahawa arca itu berasal dari tapak penggalian di Agora, Kota Purba Smyrna, dan berasal dari zaman Theodosius.
Artifak yang dipercayai berasal dari abad kelima Masihi itu telah dibawa ke luar negara melalui saluran haram, kata Ersoy.
"Melalui kerjasama dan dialog membina dengan Muzium Seni Denver, kami akhirnya berjaya membawa pulang artifak ini ke tanah air," katanya.
Beliau berkata arca kepala marmar itu kini dipamerkan di Muzium Arkeologi Izmir. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan daripada Direktorat Awam Warisan Budaya dan Muzium serta semua pihak yang terlibat dalam proses berkenaan.
"Kami akan terus melindungi warisan budaya kami dengan penuh keazaman," tegas Ersoy.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Turkiye
#Artifak
#sejarah
#Smyrna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan