awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Twitter umum ambil alih Zipdial dari India

Adli Effendy
Adli Effendy
20/01/2015
13:07 MYT
Twitter umum ambil alih Zipdial dari India
Menurut Forbes, pengambil alihan itu bernilai hampir AS$30 juta.
Twitter hari ini mengumumkan pengambilalihan sebuah syarikat pemasaran mobile dari india iaitu Zipdial. Pengambil alihan itu dianggap sebagai satu petanda baik bagi ekosistem keusahawanan di India memandangkan Twitter dianggap sebagai satu syarikat global berprofil tinggi. Menurut Forbes, pengambilalihan itu bernilai hampir AS$30 juta. Pengumuman pengambilalihan itu dibuat melalui blog rasmi dan Twitter india hari ini.
Wee agreed to acquire @zipdial in Bangalore to make Twitter even more accessible to people in India. https://t.co/SmIBqmIqzi
— Twitter India (@TwitterIndia) January 20, 2015
Walaupun Zipdial masih dianggap sebagai syarikat start-up, platform pemasaran secara mobile mereka dianggap berpotensi dalam jangka masa panjang. Zipdial membolehkan pengguna membuat panggilan tidak terjawab atau 'missed-call' ke sesuatu nombor. Selepas menghubungi semula, pengguna akan menerima maklumat lanjut mengenai sesuatu jenama atau tawaran dalam bentuk SMS. Zipdial merupakan salah satu perkhidmatan dengan fokus terhadap negara membangun memandangkan pengguna mungkin tidak mempunyai servis data tetapi mereka masih boleh kekal mendapatkan info tentang sesuatu tawaran produk atau perkhidmatan.
We're thrilled to be a part of the @twitter flock! Catch ZipDial video announcement here : https://t.co/dvg8CMyzdh
— ZipDial (@zipdial) January 20, 2015
Menurut Twitter dengan pengambil-alihan Zipdial, mereka akan membolehkan lebih ramai pengguna dari seluruh dunia mendapatkan kandungan relevan daripada Twitter pada telefon bimbit.
Topic Berkaitan
#ambil alih
#Twitter
#zipdial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan