awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ubat peransang, peralatan seks dirampas

Bernama
Bernama
10/01/2013
14:45 MYT
Ubat peransang, peralatan seks dirampas
Jabatan Farmasi Cawangan Penguatkuasaan Kuala Lumpur hari ini membuat rampasan terbesar pelbagai jenama ubat perangsang dan peralatan seks bernilai RM1.25 juta dari sebuah premis kedai dua tingkat di Jalan Pasar di sini.
Ketua Penguatkuasa di cawangan itu, Adnan Salimin berkata dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, pihaknya menemui ubat perangsang dan peralatan seks berkenaan disimpan dalam tiga bilik manakala dua bilik lagi sudah dikosongkan.
Beliau memberitahu pemberita di tempat serbuan, barangan yang dirampas itu dipercayai untuk dijual kepada peniaga kaki lima di Jalan Pudu, Lorong Haji Taib, Bukit Bintang, Jalan Petaling dan kedai-kedai ubatan tradisional sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Menurutnya, serbuan dibuat hasil maklumat orang awam serta risikan jabatan itu selama dua bulan.
Adnan menasihati orang ramai supaya tidak membeli ubat di kaki lima atau pasar malam memandangkan ia tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berbahaya kepada kesihatan.
Katanya, penggunaan ubat kesihatan lelaki atau perangsang seks yang mengandungi bahan 'sildenafil' dan 'tadalafi' tanpa kawalan doktor atau ahli farmasi boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah rendah, sakit otot serta gangguan penglihatan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952.
Topic Berkaitan
#Jalan Pasar
#peralatan seks
#RM1.25 juta
#Ubat peransang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan