awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS perkenal rang undang-undang tuntut keadilan untuk Hind Rajab
Pemandu pacuan empat roda rempuh motosikal penembak didakwa membunuh
Rafizi kini liabiliti kepada PH, politik negara - Tajudin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO abai label negatif, fokus bina semula kekuatan parti - Mohamad

Bernama
Bernama
13/03/2026
03:03 MYT
UMNO abai label negatif, fokus bina semula kekuatan parti - Mohamad
UMNO memilih untuk tidak melayan pelbagai label negatif yang dilemparkan pihak tertentu, sebaliknya tekad menumpukan usaha memperkukuh keharmonian dalaman parti sebagai langkah utama untuk bangkit semula, kata Mohamad. - Gambar Bernama
UMNO memilih untuk tidak melayan pelbagai label negatif yang dilemparkan pihak tertentu, sebaliknya tekad menumpukan usaha memperkukuh keharmonian dalaman parti sebagai langkah utama untuk bangkit semula.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu kini dalam proses membina semula kekuatan bermula dari peringkat akar umbi bagi memastikan perpaduan ahli menjadi asas utama menghadapi cabaran akan datang.
“Jadi tak kisahlah orang label kita ‘rumah hantu’ (kerana inisiatif Rumah Bangsa), terpulang, orang tua-tua kata bahasa menunjukkan bangsa, kalau nak tunjukkan kita daripada orang baik-baik gunakanlah bahasa yang baik terutama dalam bulan puasa ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan Jawatankuasa UMNO Bahagian Rembau di sini, malam tadi.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengumumkan UMNO membuka pintu kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat dan digantung keahlian untuk kembali ke parti itu di bawah inisiatif "Rumah Bangsa” tanpa mengenakan sebarang syarat.
Mengenai persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN), Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, UMNO mula membincangkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan PRN Melaka pada hujung tahun ini dan Johor pada tahun depan.
"Sekarang kita mengarahkan cawangan bermesyuarat awal pada April dan Mei manakala bahagian pada Jun hingga Julai, selepas itu kita beri tumpuan membantu rakan-rakan di Melaka dan Johor,” katanya.
Selain itu, beliau berkata keutamaan UMNO ketika ini adalah menyokong usaha kerajaan untuk mengekalkan momentum kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara terutama ketika menghadapi kesan konflik di Asia Barat yang boleh memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#UMNO
#label
#perkukuh parti
#Rumah Bangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan