awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Sabah tidak akan terjejas dengan anggota keluar parti

Bernama
Bernama
05/07/2016
00:04 MYT
UMNO Sabah tidak akan terjejas dengan anggota keluar parti
Abdul Rahman berkata, keputusan Datuk Seri Shafie Apdal (gambar) keluar UMNO tidak memeranjatkan sama sekali. - Gambar fail
UMNO Sabah tidak akan terjejas dengan tindakan anggota yang mengambil keputusan untuk keluar parti oleh kerana sokongan rakyat adalah kepada parti dan bukan kepada mana-mana individu berkepentingan.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata demikian menerusi akaun Twitter miliknya @mpkotabelud susulan pengumuman bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga anggota Parlimen Semporna, bertindak keluar parti pada Isnin.
"Keputusan Datuk Seri Shafie Apdal keluar UMNO tidak memeranjatkan sama sekali. Memang dijangka. Selama ini pun gerakan dia memudaratkan parti.
"UMNO bukan kuat kerana individu tetapi kerana misi perjuangannya. Pemimpin datang dan pergi. Yang tinggal ialah perjuangan.
"UMNO bersedia berdepan dengan sesiapa saja yang cuba memudaratkan parti. Dulu pun begitu. Apatah lagi sekarang," katanya dalam beberapa 'tweet' yang dikeluarkannya dalam laman blog mikro itu.
Abdul Rahman, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata UMNO Semporna akan diperkukuhkan lagi dengan barisan kepimpinan lebih mantap.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) Zulkarnain Mahdar berkata kekuatan UMNO Sabah berserta kematangananggotanya tidak boleh dipertikaikan dan ini diterjemahkan melalui kemenangan hampir semua kerusi yang dipertandingkan UMNO pada pilihan raya umum lepas.
"Harus diingat UMNO Sabah mempunyai 25 bahagian dengan 5,676 cawangan dan 546,879 anggota seluruh negeri.
"Kekuatan UMNO Sabah akan kekal utuh dan kuat di bawah kepimpinan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Musa Aman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib selaku Presiden UMNO," katanya menerusi kenyataan.
Zulkarnain, yang juga Pengerusi Pakatan NGO Pro Barisan Nasional, turut menyifatkan anggota UMNO yang keluar parti sebagai tidak memahami nilai kesetiaan kepada parti.
"Kelak, mereka akan sedar bahawa UMNO sebenarnya tidak menzalimi ketiga-tiga pemimpin ini, sebaliknya tindakan mereka yang bersama-sama barisan pembangkang mengkritik pimpinan UMNO telah melanggar etika dan perlembagaan parti," katanya, merujuk kepada Shafie, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Topic Berkaitan
#keluar parti UMNO
#Rahman Dahlan
#Shafie Apdal
#umno semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan