awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi18: Armada kesal, tetapi faham situasi SPR

Hakim Rahman
Hakim Rahman
26/03/2021
04:24 MYT
Undi18: Armada kesal, tetapi faham situasi SPR
Wan Ahmad Faysal berkata, semua pihak perlu mempunyai iltizam politik untuk memastikan pelaksanaan Undi18 menjadi kenyataan.
KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) kesal dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan Undi 18 yang sepatutnya dikuat kuasa pada Julai 2021 kepada September 2022.
Bagaimanapun, ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya faham SPR perlu meneliti kaedah yang sesuai berhubung pelaksanaan tersebut.
"ARMADA kekal berpendirian bahawa pelaksanaan penurunan had umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun tetap perlu dilaksana seperti yang dirancang.
"Bagaimanapun ARMADA memahami bahawa SPR perlu meneliti kaedah yang paling sesuai untuk memastikan bahawa kemasukan pengundi baru yang berumur 18-21 dibuat dengan baik supaya tidak timbul kekeliruan pada hari mengundi kelak," katanya dalam satu kenyataan.
Wan Ahmad Fayhsal, yang juga Timbalan Menteri Belia Dan Sukan berkata, Armada sedia bekerjasama dengan semua agensi kerajaan bagi mempercepatkan proses itu.
SPR dalam kenyataan sebelum ini menyatakan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membantutkan proses persediaan berkenaan.
BACA: Undi18, daftar pemilih automatik tidak sempat dilaksana tahun ini - SPR
BACA: Undi18: Alasan SPR tidak masuk akal, MUDA ambil tindakan mahkamah
Mengulas lanjut, Wan Ahmad Faysal berkata, semua pihak perlu mempunyai iltizam politik untuk memastikan pelaksanaan Undi18 menjadi kenyataan.
"Satu pelan menyeluruh berkenaan rancangan pelaksanaan Undi18 juga perlu segera dibentangkan kepada khalayak untuk memastikan berlakunya proses semak dan imbang," katanya.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#pilihan raya
#PKP
#Undi18
#ARMADA
#kesal
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
#tangguh pelaksanaan
#iltizam politik
#pelan menyeluruh
#semak dan imbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan