awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNESCO sedia hantar misi ke Iran nilai kerosakan akibat serangan AS-Israel

Bernama
Bernama
15/04/2026
09:37 MYT
UNESCO sedia hantar misi ke Iran nilai kerosakan akibat serangan AS-Israel
Iran menjangkakan pakar organisasi PBB akan datang untuk menilai kerosakan yang disebabkan oleh serangan AS dan Israel. - Reuters
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memberitahu RIA Novosti pada Rabu, pihaknya bersedia untuk menghantar misi teknikal ke Iran bagi menilai kerosakan yang disebabkan oleh serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, sekiranya keadaan keselamatan mengizinkan.
Awal minggu ini, Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan Iran untuk UNESCO Hassan Fartousi berkata kepada RIA Novosti, Iran menjangkakan pakar organisasi PBB akan datang untuk menilai kerosakan yang disebabkan oleh serangan AS dan Israel.
"UNESCO memantau teliti keadaan dan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa negara yang berkaitan. Pertubuhan menzahirkan kesediaannya untuk melaksanakan misi teknikal sebaik keadaan keselamatan mengizinkan," menurut pertubuhan itu.
Hal itu mungkin meliputi bantuan teknikal dalam penilaian kerosakan, pemuliharaan dan pemulihan, mendapatkan dana daripada Yayasan Warisan Dunia dan mekanisme bantuan kecemasan antarabangsa, serta penglibatan kepakaran antarabangsa, tambah pertubuhan itu.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#Unesco
#misi teknikal
#Iran
#nilai kerosakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan