awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Universiti India dikecam dakwa 'robodog' China sebagai ciptaan sendiri

Astro AWANI
Astro AWANI
19/02/2026
05:44 MYT
Universiti India dikecam dakwa 'robodog' China sebagai ciptaan sendiri
Penganjur mengarahkan Galgotias University mengosongkan reruai pamerannya serta-merta selepas penonton mengenal pasti robot empat kaki itu sebagai Unitree Go2, produk komersial keluaran syarikat China, Unitree Robotics. -Foto Reuters
Sebuah universiti swasta di India berdepan kecaman hebat selepas didakwa cuba mempersembahkan anjing robot buatan China sebagai ciptaan sendiri pada India AI Impact Summit 2026.
Penganjur mengarahkan Galgotias University mengosongkan reruai pamerannya serta-merta selepas penonton mengenal pasti robot empat kaki itu sebagai Unitree Go2, produk komersial keluaran syarikat China, Unitree Robotics.
Kontroversi tercetus apabila video tular menunjukkan pensyarah, Neha Singh, mendakwa robot dinamakan “Orion” itu dibangunkan di pusat kecemerlangan universiti berkenaan.
Pengguna media sosial segera mengenal pasti robot tersebut sebagai Unitree Go2, yang dijual pada harga sekitar Rs2 hingga Rs3 lakh (sekitar RM11,200 hingga RM18,000) di India.
Susulan kecaman, pihak universiti menegaskan mereka tidak pernah mendakwa membina robot tersebut, sebaliknya ia digunakan sebagai alat pembelajaran.
Menurut sumber, bekalan elektrik ke reruai pameran Galgotias turut dipotong sebelum kakitangan diarahkan mengosongkan kawasan pameran.
Jurucakap universiti, Nitin Kumar Gaur, menjelaskan kekeliruan berpunca daripada penggunaan istilah “develop” (bangunkan) dan “development” (pembangunan) oleh wakil mereka, sambil menegaskan robot berkenaan dibeli untuk tujuan penyelidikan pelajar.
Universiti kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf dan menyifatkan wakil bertugas sebagai “kurang dimaklumkan” mengenai asal‑usul produk tersebut.
Insiden tersebut turut mencetuskan reaksi politik apabila parti pembangkang India mengecam kerajaan kerana membiarkan kejadian itu, yang disifatkan sebagai memalukan dan menjejaskan imej negara.
Walaupun diarah berundur, reruai universiti itu dilapor masih dibuka pada awal pagi Rabu ketika pegawai menjawab pertanyaan media.
Topic Berkaitan
#Galgotias University
#Unitree Go2
#skandal robot India
#India AI Impact Summit
#robot China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan