awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
Ardell, Haroqs, Heliza, Hazwani, ZRA kembali galas misi ke Gaza - 'Selamat pecahkan kepungan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPSI tembusi pasaran karya global, meterai kerjasama dengan Oxford University Press

Astro AWANI
Astro AWANI
01/04/2026
07:23 MYT
UPSI tembusi pasaran karya global, meterai kerjasama dengan Oxford University Press
Azlan Mohd Dahari (kanan) bersama wakil Oxford Universiti Press, Zachary Burke berbincang mengenai kerjasama pelesenan ebook UPSI.
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkukuh kedudukan di pentas antarabangsa menerusi penyertaan Fellowship Program Bangkok sempena Thailand International Book Fair pada 27 hingga 28 Mac lalu.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Suriani Abu Bakar, menyifatkan pengiktirafan daripada Oxford University Press (OUP) sebagai pencapaian membanggakan yang mencerminkan keyakinan industri global terhadap kualiti penerbitan UPSI.
Menurut beliau, penyertaan itu menjadi platform penting untuk mempromosikan karya akademik tempatan ke pasaran dunia serta memperkukuh jenama UPSI sebagai penerbit universiti berdaya saing.
Sementara itu, Pengarah Penerbit UPSI, Prof Madya Dr Nordiana Hamzah, berkata program tersebut menghimpunkan pemain industri buku antarabangsa bagi memperluas jaringan dan kerjasama strategik.
Hasilnya, UPSI mencapai persetujuan awal bagi penjualan lesen 200 judul e-buku bahasa Melayu kepada OUP, selain menarik minat penerbit dari India, Aram Publication, untuk mendapatkan hak penerbitan beberapa judul terpilih.
Sepanjang program, UPSI turut mengadakan rundingan dengan penerbit dari pelbagai negara termasuk Thailand, China, United Kingdom, India, Turki dan Korea Selatan bagi membuka peluang kolaborasi serta pertukaran hak cipta.
Ketua Editor Penerbit UPSI, Azlan Mohd Dahari, menyifatkan penyertaan ini sebagai satu pengiktirafan besar yang membuktikan kualiti serta kebolehpasaran karya akademik UPSI di peringkat global.
Topic Berkaitan
#UPSI
#Oxford
#Thailand International Book Fair
#penerbit buku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan