awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz Kazim sekali lagi dimasukkan ke hospital

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/09/2020
06:25 MYT
Ustaz Kazim sekali lagi dimasukkan ke hospital
Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dimasukkan ke sebuah hospital swasta semalam. - Foto Facebook Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias
Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias sekali lagi dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini selepas mengadu kurang sihat petang semalam (Rabu). 
 
Perkara itu disahkan melalui laman Facebooknya hari ini. 
 “Semoga Dato’ Ustaz Mohd Kazim diberikan kesembuhan. Beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital petang semalam sebaik sahaja sampai dari Bukit Jalil selepas mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin lepas,” menurut laman Facebook itu. 
 
Mei lalu, Ustaz Kazim dirawat di sebuah hospital swasta selepas berada dalam keadaan kurang sihat. 
 
Beliau kemudiannya dibenarkan keluar beberapa hari kemudian untuk berehat di rumah setelah pihak hospital berpuas hati tahap kesihatannya yang semakin memuaskan. 
 
Bagaimanapun, keluarga beliau hairan kerana punca penyakit masih belum ditemui walaupun beberapa kali melakukan proses ultrasound dan MRI. 
 
Sementara itu, menurut pembantu peribadinya ketika dihubungi hari ini, doktor masih mengesan apa masalah sebenar penceramah bebas itu. 
 
“Apa yang boleh saya maklumkan sekarang ialah DUKE (Datuk Ustaz Kazim Elias) mengalami masalah keseimbangan badan dan perlukan rehat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Bukit Jalil
#Hospital
#keluarga
#Mohd Kazim Elias
#rumah
#Ustaz Kazim
#Ustaz Kazim dimasukkan ke hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan