awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UTM tawar biasiswa kepada penuntut Gaza

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2013
00:56 MYT
UTM tawar biasiswa kepada penuntut Gaza
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan biasiswa kepada sepuluh kakitangan akademik Universiti Islam Gaza bagi mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di Malaysia.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata, biasiswa yang ditawarkan adalah pengecualian yuran pengajian bagi pengajian Doktor Falsafah, PhD berjumlah empat ratus ribu ringgit bagi tempoh tiga tahun.
Dr Zaini berkata, tawaran sama turut diberikan kepada enam pelajar PhD, serta 23 pelajar sarjana dan sarjana muda palestin yang sedang mengikuti pengajian di UTM berjumlah RM1.3 juta.
Selain itu, UTM turut menawarkan skim pembantu tenaga pengajar kepada sepuluh pelajar PhD membabitkan elaun sebanyak seribu enam ratus ringgit sebulan bagi tempoh tiga tahun.
Sementara itu, Presiden Universiti Islam Gaza, Dr Kamalain Shaa'ath percaya biasiswa ditawarkan Malaysia mampu melahirkan lebih ramai modal insan yang berkualiti.
Tawaran biasiswa UTM itu dibuat selaras persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke Gaza yang menawarkan seratus biasiswa pengajian tinggi kepada penduduk wilayah itu demi pembangunan pendidikan .
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr. Zaini
#Dr Kamalain Shaa'ath
#UIG
#UTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan