awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Lebih 28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan

Bernama
Bernama
14/05/2022
04:10 MYT
Vaksin COVID-19: Lebih 28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,617,807 kanak-kanak (45.5 peratus) daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,019,609 atau 28.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,617,807 kanak-kanak (45.5 peratus) daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, 2,902,847 (93.3 peratus) telah menerima vaksinasi penuh manakala 3,000,780 (96.4 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam tempoh sama, sejumlah 16,060,675 (68.3 peratus) golongan dewasa menerima dos penggalak manakala 22,970,710 (97.6 peratus) lengkap dua dos dan 23,246,079 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan sebanyak lima kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Selangor dan masing-masing satu kes di Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kanak-kanak
#PICKids
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan