awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Penduduk kampung sanggup naik feri manual untuk ke PPV

Radhi Muslim
Radhi Muslim
05/08/2021
04:05 MYT
Vaksin COVID-19: Penduduk kampung sanggup naik feri manual untuk ke PPV
Kepayahan itu terpaksa dilalui penduduk kampung berkenaan kerana kedudukan mereka terletak di seberang Sungai Lalasun. - Astro AWANI
SANDAKAN: Demi mendapatkan vaksin, penduduk Kampung Tanjung Pisau, Sandakan terpaksa berpanas dan berganti-ganti menaiki ‘feri manual’ untuk menyeberang sungai.
Kepayahan itu terpaksa dilalui penduduk kampung berkenaan kerana kedudukan mereka terletak di seberang Sungai Lalasun.
Antara penduduk yang melalui keadaan itu, Siti Asmah Tuai tidak mempedulikan kesukaran berkenaan semata-mata untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
“Sudah bertahun-tahun kita menggunakan feri manual ini.
“Sejak zaman sekolah dahulu, bermukim dan menggunakannya untuk pergi mendapatkan vaksin.
“Kita akan menunggu giliran untuk ke kampung seberang demi mendapatkan vaksin,” katanya.
Siti berkata demikian semasa Program 'Outreach' Vaksin di Kampung Lalasun, Sandakan, baru-baru ini.
Penduduk juga memaklumkan, pengunaan feri manual itu sudah dipraktikkan sejak lebih 30 tahun lalu.
Ia digunakan selepas kewujudan jalan darat menuju ke bandar Sandakan dari Kampung Lalasun, iaitu kampung yang terletak di seberang kampung mereka.
Dalam pada itu, kontraktor Abdul Rahman Sahak menjelaskan, mereka hanya menggunakan jalan laut sekiranya ingin berurusan di bandar Sandakan sebelum jalan dibina.
“Dahulu, sebelum ada lagi jalan ini, kami menggunakan perahu atau kapal untuk ke Sandakan untuk berurusan di bandar,” katanya.
Katanya, masalah berkenaan bukan sahaja memberikan kesukaran kepada penduduk untuk menyeberang sungai mendapatkan vaksin, malah menyukarkan penduduk sejak sekian lama untuk membawa keluar hasil pertanian.
Penduduk juga berkata, masalah berkenaan turut menyusahkan guru dan pelajar sekolah untuk menyeberang ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Pisau sekiranya musim persekolahan dijalankan.
Justeru, penduduk kampung berkenaan berharap agar jambatan dapat dibina bagi menghubungkan Kampung Lalasun dengan Kampung Tanjung Pisau yang akan memudahkan pelbagai urusan mereka di masa hadapan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PPV
#pelajar
#guru
#suntikan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan