awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Penduduk Pulau Perhentian tidak sabar disuntik, buka sektor pelancongan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
01/07/2021
01:15 MYT
Vaksin COVID-19: Penduduk Pulau Perhentian tidak sabar disuntik, buka sektor pelancongan
Penduduk yang tinggal di kawasan Pulau Perhentian dan Redang dijangka bakal menerima suntikan vaksin satu dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson. - Astro AWANI
PULAU PERHENTIAN: Lebih 2,000 penduduk di Pulau Perhentian, Besut termasuk golongan warga emas tidak sabar untuk menjadi individu terawal di kepulauan itu bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.
Beberapa penduduk yang ditemui berkata hampir dua tahun berdepan pandemik itu membuatkan mereka teruja untuk mendapatkan vaksinasi secepat mungkin.
Ia bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan seperti sebelum penularan pandemik itu apatah lagi pulau berkenaan juga sering menjadi tumpuan pelancong untuk berkunjung.
Menurut penduduk, meskipun berada jauh dan terpisah dari tanah besar namun perasaan bimbang tetap timbul dan mereka berharap program vaksinasi di pulau ini dapat dipercepatkan.
Bagi Mustafa Harun, dia mengharapkan negara akan bebas daripada wabak ini dan pulau berkenaan boleh buka semula kepada pelancong.
"Kita tidak tahu orang yang datang ke sini dia dijangkiti atau tidak atau telah divaksinasi.
"Kami di pulau ini sudah lama tidak bekerja," katanya.
Bagi Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pulau Perhentian Zainudin Mohd, penduduk di pulau berkenaan perlu disuntik vaksin dengan segera memandangkan perniagaan di sana 95 peratus melibatkan sektor pelancongan.
"Lagi lambat vaksin lagi teraniaya masyarakat sini sebab kita 95 peratus pelancongan jadi kalau boleh iktiar vaksin ni dipercepatkan lagi," katanya.
Walaupun terdapat pelbagai tanggapan negatif mengenai Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan (PICK), namun mereka yakin untuk mengambil suntikan vaksin itu.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Bembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pulau Perhentian, Zakuan Mat Nasir berkata, majoriti penduduk telah mendaftar secara manual serta menggunakan aplikasi MySejahtera.
Penduduk yang tinggal di kawasan Pulau Perhentian dan Redang dijangka bakal menerima suntikan vaksin satu dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak berkata vaksin satu dos itu dilihat lebih bertepatan untuk disuntik kepada penduduk yang tinggal dikawasan tersebut.
Katanya langkah yang bakal dilakukan itu dapat menjimatkan kos pengangkutan dan masa di pulau yang mempunyai perkampungan penduduk berkenaan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Pulau Perhentian
#Besut
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan