awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin penjawat awam: Ambil pendekatan toleransi dalam tindakan - Cuepacs Sarawak

Bernama
Bernama
01/10/2021
09:18 MYT
Vaksin penjawat awam: Ambil pendekatan toleransi dalam tindakan - Cuepacs Sarawak
Semalam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diwajibkan mengambil vaksin COVID-19. - Gambar hiasan
KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Sarawak berharap sebarang tindakan terhadap pegawai perkhidmatan awam yang belum mendaftar atau mengambil vaksin COVID-19 harus dilakukan dengan pertimbangan wajar dan toleransi.
Pengerusinya Omar Bahrein Unin berkata ini termasuk mengenal pasti masalah sebenar faktor penjawat awam tidak mahu menerima vaksin.
"Penjawat awam memang tertakluk pada peraturan perkhidmatan awam namun kami berharap tindakan tatatertib ini tidaklah sehingga dikenakan tindakan buang kerja atau hukuman berat.
"Ini kerana isu (vaksin) ini merupakan perkara baharu dalam perkhidmatan awam dan bukan kesalahan melibatkan jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: CUEPACS sokong penuh arahan wajib vaksinasi kepada penjawat awam
Semalam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diwajibkan mengambil vaksin COVID-19.
JPA berkata ia bagi memberi keyakinan dan jaminan kepada orang awam untuk memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat serta selari dengan usaha untuk mengembalikan perkhidmatan kerajaan pada tahap pengoperasian penuh berdasarkan fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurut JPA, peratusan pegawai awam Persekutuan yang mengambil vaksin telah mencapai hampir 98 peratus, manakala kelompok yang masih belum mendaftar untuk divaksin adalah kecil iaitu hanya 1.6 peratus melibatkan 16,902 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksinasi
#penjawat awam
#cuepacs
#toleransi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan