awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian baharu COVID-19 di UK: Pfizer perlukan enam minggu jalankan ujian - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
23/12/2020
08:42 MYT
Varian baharu COVID-19 di UK: Pfizer perlukan enam minggu jalankan ujian - Khairy
Pihak Pfizer sedang menjalankan ujian terhadap varian terbaharu virus COVID-19 yang melanda United Kingdom ketika ini. - Reuters
PUTRAJAYA:Syarikat pengeluar vaksin Pfizer dari Amerika Syarikat sedang menjalankan ujian terhadap varian terbaharu virus COVID-19 yang melanda United Kingdom ketika ini.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, syarikat itu memerlukan sekurang-kurangnya enam minggu untuk menentukan keberkesanan vaksin terhadap varian baharu COVID-19 itu.
“Sekarang ini, mereka (Pfizer) sedang menjalankan ujian vaksin sedia ada terhadap mutasi baharu.
“Jika tidak berkesan, mereka perlukan enam minggu untuk memastikan keberkesanan vaksin tinggi terhadap virus itu,” katanya.
Jika terdapat pertukaran vaksin baharu, jelas Khairy, ia akan melibatkan perubahan perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini.
Beliau juga menggesa agar Pfizer memastikan vaksinnya berkesan ke atas mutasi baharu virus korona itu.
Untuk rekod, kerajaan telah bersetuju membeli 12.8 juta dos vaksin dari Pfizer yang bakal melibatkan 6.4 juta penerima di negara ini.
BACA: Khairy sedia beri taklimat terperinci berkenaan kos vaksin COVID-19 kepada PAC
BACA: Kerajaan di peringkat perolehan akhir tambah lagi 23.9 juta dos vaksin - Khairy
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Pfizer
#vaksin
#COVID-19
#pandemik
#perjanjian
#Mutasi
#varian baharu
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan