awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Veteran tentera minta tempat dalam kuota haji tambahan

Bernama
Bernama
09/07/2019
07:42 MYT
Veteran tentera minta tempat dalam kuota haji tambahan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengutus surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi mengenai tambahan kouta haji itu baru-baru ini. - Gambar hiasan/AP
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) meminta kerajaan memperuntukan 400 tempat kepada ahlinya jika kerajaan Arab Saudi meluluskan tambahan 10,000 kuota jemaah haji yang dipohon tahun ini.
Presidennya Ismail Abidin berkata, mereka cuma memohon diberikan tempat untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu menggunakan wang sendiri sebagai mengenang jasa bekas anggota tentera kepada negara.
"Kami tidak memohon bantuan kewangan kerana kebanyakan ahli yang berhasrat menunaikan fardhu haji mempunyai simpanan yang mencukupi selain berumur lebih 60 tahun," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Ismail berkata jumlah yang dipohon itu masih sama seperti 400 tempat yang diperuntukkan oleh kerajaan terdahulu kepada veteran tentera namun tawaran itu dihapuskan sejak tahun lepas.
Beliau mengulas pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof baru-baru ini mengenai usaha kerajaan merayu kepada kerajaan Arab Saudi untuk diberikan kuota haji tambahan sebanyak 10,000 kepada jemaah Malaysia tahun ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengutus surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi mengenai tambahan kouta haji itu baru-baru ini. Pada masa ini Malaysia diperuntukkan sebanyak 30,200 tempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#ibadah haji
#jemaah haji
#kuota haji
#Rukun Islam kelima
#veteran tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan