awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Viral gambar tikus: Pasaraya lupuskan 63.8 kg cili kering

Bernama
Bernama
20/10/2016
00:45 MYT
Viral gambar tikus: Pasaraya lupuskan 63.8 kg cili kering
Sebuah pasaraya melupuskan 63.8 kilogram cili kering untuk mengembalikan semula keyakinan pengguna, susulan penyebaran gambar tikus dalam longgokan cili kering di pasar raya itu. - Gambar fail
Sebuah pasaraya di daerah ini melupuskan 63.8 kilogram cili kering untuk mengembalikan semula keyakinan pengguna, susulan penyebaran gambar tikus dalam longgokan cili kering di pasar raya itu dalam laman sosial pada Isnin lalu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Azlan Abd Samat berkata lima petugas KPDNKK telah pergi ke pasaraya itu untuk memastikan kesahihan viral tersebut.
"Pihak pengurusan pasar raya itu memaklumkan telah melupuskan semua 63.8 kilogram stok cili kering yang masih berbaki.
"Pihak pengurusan juga memaklumkan mereka telah menukar kaedah penjualan cili kering dengan membungkusnya dalam bungkusan kecil dan tidak lagi secara terbuka di dalam kotak yang besar seperti sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad di sini pada Rabu.
Azlan berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan seperti mengenakan kompaun atau denda kerana ia di bawah penguatkuasaan Jabatan Kesihatan.
"Oleh itu, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan selepas ini untuk melakukan pemeriksaan lebih kerap melibatkan kebersihan bahagian makanan di pasar raya," katanya. - Bernama
Topic Berkaitan
#cili kering
#pasar raya
#tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan