awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waktu Subuh di Kelantan dilewatkan 4 minit - Mufti

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
21/04/2020
04:48 MYT
Waktu Subuh di Kelantan dilewatkan 4 minit - Mufti
Mohamad Shukri menjelaskan perubahan ini adalah berdasarkan penggunaan nilai altitud matahari di bawah ufuk bagi permulaan waktu terbit fajar Sadiq daripada 19 darjah yang diguna pakai sebelum ini kepada 18 darjah. - Gambar fail.
Waktu solat Subuh di Kelantan dilewatkan empat minit bermula 24 April, kata Mufti negeri ini, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Dalam satu kenyataan, Mohamad Shukri berkata, perubahan itu sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
"Perubahan ini adalah berdasarkan penggunaan nilai altitud matahari di bawah ufuk bagi permulaan waktu terbit fajar Sadiq (waktu bermulanya Subuh) daripada 19 darjah yang diguna pakai sebelum ini kepada 18 darjah.
"Keputusan Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memutuskan bahawa perubahan ini hanya melibatkan waktu solat Subuh dan imsak sahaja manakala waktu solat fardu yang lain tidak berubah," katanya.
Ujarnya, solat Subuh yang didirikan sebelum perubahan ini sah dan tidak perlu diganti.
Topic Berkaitan
#fajar
#Kelantan
#lewat
#Matahari
#Mohamad Shukri Mohamad
#mufti
#Sadiq
#solat
#Subuh
#Sultan Kelantan
#Sultan Muhammad V
#ubah
#ufuk
#waktu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan