awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wang ihsan: Kerajaan Kelantan rakam penghargaan kepada PM

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
30/12/2023
07:57 MYT
Wang ihsan: Kerajaan Kelantan rakam penghargaan kepada PM
Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas penyaluran wang ihsan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM217.96 juta pada 2023. -Facebook
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas penyaluran wang ihsan berjumlah RM177.96 juta kepada negeri Kelantan.
Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan wang ihsan yang diterima negeri Kelantan adalah sebanyak RM217.96 juta pada 2023.
Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, Mohd Nussuruddin turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berkaitan kelulusan peruntukan segera bagi membina benteng sementara bagi PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta.
Beliau juga menyokong pengumuman agar proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta yang akan dimulakan pada tahun 2024.
“Kerajaan Negeri pula akan mengambil segala langkah yang perlu untuk menyegerakan urusan pengambilan balik tanah untuk projek-projek ini.
“Kerajaan Negeri yakin pengumuman tersebut akan memberi manfaat demi kesejahteraan rakyat negeri Kelantan.
“Ia juga sekali gus memperkukuhkan semangat federalisme di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan selari dengan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera,” katanya.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Mohd Nassuruddin Daud
#Anwar Ibrahim
#banjir
#kerajaan negeri Kelantan
#kerajaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan