awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dan Pemuda UMNO salur bantuan kepada mangsa banjir

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2013
07:59 MYT
Wanita dan Pemuda UMNO salur bantuan kepada mangsa banjir
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bantuan kepada wakil Pemuda Umno pagi tadi - Foto Bernama
Susulan bencana banjir yang melanda Pantai Timur, Pergerakan Wanita UMNO melancarkan tabung mangsa banjir Skuad Sayang bagi membantu mereka yang terjejas akibat bencana alam tersebut.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata semua anggota Skuad Sayang di semua cawangan dan bahagian sudah diarah turun padang ke kawasan yang terjejas teruk akibat banjir itu untuk menyalurkan bantuan.
Katanya, Skuad Sayang juga akan memastikan masalah bekalan makanan mencukupi di semua penempatan mangsa banjir yang terlibat.
"Tenaga kita ada, kalau nak kita boleh kerah, kalau tak kita akan edar makanan ringan, dan top up apa yang diberi agensi kerajaan," katanya selepas melancarkan tabung tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Mereka akan memastikan kesihatan, kebersihan dan keperluan mangsa banjir di pusat pemindahan sentiasa terjaga dan terpelihara.
Skuad sayang kini sedang bekerjasama dengan Kelab Putera Satu Malaysia bagi memastikan bantuan sampai kepada semua mangsa banjir.
Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO pula melancarkan konvoi khas Ops Banjir Kesatria Muda bagi menghulurkan sumbangan serta bantuan kepada mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan.
Konvoi tersebut berlepas dari pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra, membabitkan 30 kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan tiga lori membawa kira-kira 4,000 kotak muatan keperluan harian seperti beras, susu serta air mineral bernilai RM600,000 untuk mangsa banjir.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepaskan konvoi tersebut.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata 100 sukarelawan Pemuda UMNO akan turun padang membantu kira-kira 1,000 sukarelawan di negeri terjejas.
"Walaupun kita berada di Perhimpunan Agung UMNO tetapi ia tidak bermakna kita tidak prihatin atau tidak menyalurkan bantuan," katanya kepada pemberita selepas pelepasan konvoi itu.
Beliau berkata sukarelawan terbabit akan berada di kawasan terjejas sehingga banjir pulih.
"Sukarelawan juga akan membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka yang terjejas," katanya.
Topic Berkaitan
#banjir
#Datuk Seri Shahrizat Jalil
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan