awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditahan buat laporan palsu elak didenda kerana hilangkan MyKad

Bernama
Bernama
31/07/2023
03:30 MYT
Wanita ditahan buat laporan palsu elak didenda kerana hilangkan MyKad
Suspek ditahan reman empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu mengelak daripada didenda untuk permohonan kad pengenalan MyKad baharu selepas ia tercicir, seorang wanita sanggup membuat laporan polis kononnya dia disamun.
Bagaimanapun, tindakan wanita berusia 24 tahun itu mengundang padah apabila helahnya dihidu selepas siasatan dibuat ke atasnya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata suspek yang bekerja sendiri itu ditahan di Balai Polis Ampang, di sini 8.50 malam, Jumaat lepas, hari sama laporan palsu berkenaan dibuat.
"Pengadu (suspek) mendakwa telah didatangi suspek menaiki motosikal lalu meragut beg beliau ketika membonceng motosikal bersama teman lelakinya, pada 5 petang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Azam berkata semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan air kencing adalah negatif dadah.
Menurutnya, suspek ditahan reman empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau didenda RM2,000 atau kedua-duanya.
Sehubungan itu, orang ramai diberi amaran agar tidak membuat laporan polis palsu bagi mengelak dikenakan denda oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara dalam proses mendapatkan kad pengenalan baru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan palsu
#mykad
#reman
#JPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan