awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita kerugian RM250,000 ditipu lelaki asing di laman sosial

Bernama
Bernama
16/08/2014
12:21 MYT
Wanita kerugian RM250,000 ditipu lelaki asing di laman sosial
Suspek berjanji akan mengahwini pengadu dan tinggal di Malaysia kerana mendapat kontrak perniagaan yang besar - Gambar Hiasan
Seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM250,000 selepas tertipu dengan seorang lelaki asing melalui perkenalan mereka di laman sosial Facebook bersama seorang wanita lain yang mendakwa mewakili Lembaga Hasil Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Supt Saiman Kasran berkata wanita berusia 48 tahun itu mengenali lelaki yang dikenali sebagai Hendry John sejak Mei lepas memindahkan wang secara berperingkat ke dalam tujuh akaun berasingan dan berlainan identiti.
"Suspek berjanji akan mengahwini pengadu dan tinggal di Malaysia kerana mendapat kontrak perniagaan yang besar tetapi perlu membayar sejumlah RM45,000 kepada syarikat berkenaan.
"Kemudian seorang wanita bernama Rohana menelefon pengadu mendakwa dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bahawa terdapat cek atas nama Hendry John bernilai 7.5 juta dollar yang diberikan oleh 'Ministry Rural And Urban Cop'.
"Untuk menunaikan cek tersebut, pengadu terpaksa membayar pelepasan cukai, duti stem dan pelbagai urusan lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Saiman berkata wanita itu menyedari ditipu setelah kedua-dua individu terbabit sehingga kini masih menghubungi mangsa untuk memasukkan wang.
Dia membuat laporan polis pada 13 Ogos lepas.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Internet
#jenayah
#penipuan
#polis
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan