awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita lebih cenderung untuk dapatkan vaksin berbanding lelaki - Kajian

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
12/08/2021
05:24 MYT
Wanita lebih cenderung untuk dapatkan vaksin berbanding lelaki - Kajian
Kajian mendapati wanita lebih cenderung untuk menerima vaksin berbanding lelaki, mungkin disebabkan wanita lebih mementingkan kesihatan berbanding lelaki. - Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Kajian menunjukkan golongan wanita di Malaysia lebih cenderung untuk mendapatkan vaksin berbanding golongan lelaki.
Kecenderungan yang lebih tinggi dalam kalangan wanita mungkin ada kaitan dengan sikap wanita yang lebih mementingkan kesihatan berbanding lelaki.
Itu dapatan daripada kajian dilakukan firma penyelidikan pasaran, IPSOS Malaysia bersama Monash University Malaysia, Sunway University dan Universiti Sains Malaysia melibatkan 804 orang dewasa yang dilakukan pada 11 hingga 20 Jun lepas.
Tinjauan itu juga menunjukkan, warga emas lebih cenderung untuk mengambil vaksin dengan 88 peratus responden berpendapat sedemikian manakala bagi belia, hanya 68 peratus memiliki kecenderungan sama.
Dalam pada itu, separuh daripada golongan belia iaitu 50 peratus responden mempunyai pandangan positif terhadap vaksinasi manakala bagi warga emas, 75 peratus daripada responden positif dengan usaha memvaksinkan rakyat.
Warga emas juga lebih cenderung untuk mendapatkan vaksin selepas mendapat galakan daripada keluarga dan rakan sebaya dengan 84 peratus responden berasakan sedemikian.
Begitupun bagi golongan belia, hanya 60 peratus cenderung mendapatkan vaksin hasil dorongan daripada rakan sebaya.
Sementara itu, majoriti responden berpendapat COVID-19 merupakan penyakit yang menular melalui komuniti dan vaksinasi bakal memberi manfaat kepada komuniti secara keseluruhannya.
Kajian tersebut yang dilakukan secara dalam talian bertujuan menilai penerimaan vaksin COVID-19 di Malaysia dan memahami kecenderungan penerima vaksin melalui kumpulan demografi berbeza.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#suntikan
#dos
#KKM
#SOP
#MKN
#dalam talian
#Kajian
#Ipsos
#Monash
#Sunway
#USM
#Universiti Sains Malaysia
#universiti
#Belia
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan