awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dalam kebakaran akibat asap, luka

Bernama
Bernama
29/07/2024
13:40 MYT
Wanita maut dalam kebakaran akibat asap, luka
Polis berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan mengesan sekiranya terdapat elemen jenayah lain.
KUALA LUMPUR: Bedah siasat terhadap wanita yang ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah unit rumah pangsapuri di Taman Lembah Maju, Ampang, mengesahkan mangsa maut akibat terhidu asap berlebihan dan luka kebakaran.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata hasil bedah siasat oleh Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras itu diperolehi hari ini.
"Mangsa lelaki yang mengalami kecederaan masih lagi dirawat di Hospital Ampang dan masih belum sedar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata setakat ini seramai lapan individu telah dipanggil dan dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan mengesan sekiranya terdapat elemen jenayah lain.
Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 28 tahun maut manakala seorang lelaki berumur 37 tahun melecur tangan kanan dalam kebakaran di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api terhadap harta benda dan polis turut membuka satu kertas siasatan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita
#kebakaran
#Asap
#luka
#Taman Lembah Maju
#Polis Daerah Ampang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan