awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut gondola terhempas di pusat peranginan ski Switzerland

Astro AWANI
Astro AWANI
19/03/2026
06:00 MYT
Wanita maut gondola terhempas di pusat peranginan ski Switzerland
Polis Nidwalden berkata mangsa berusia 61 tahun itu sedang mendaki bahagian tengah gunung berkenaan sebelum gondola Titlis Xpress yang dinaikinya terkeluar dari kabel. -Gambar Reuters
Seorang wanita maut selepas sebuah gondola kereta kabel terputus daripada talian utama sebelum terhempas di lereng gunung bersalji di pusat peranginan ski Titlis, di sini, pada Rabu.
Polis kanton Nidwalden dalam satu kenyataan berkata, mangsa berusia 61 tahun itu sedang mendaki bahagian tengah gunung berkenaan sebelum gondola Titlis Xpress yang dinaikinya terkeluar dari kabel.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan itu menyaksikan penglibatan pasukan penyelamat udara, ambulans dan unit polis dalam operasi menyelamat yang mencabar di kawasan bersalji tebal.
Menurut seorang saksi yang juga pemain ski, dia terdengar bunyi hentaman sebelum melihat gondola itu berguling menuruni cerun.
Menurutnya, tiupan angin yang sangat kencang ketika itu menyebabkan gondola lain turut berayun dengan kuat sebelum perkhidmatan tersebut digantung sepenuhnya.
Beberapa saksi lain melaporkan keadaan cuaca buruk dengan kelajuan angin mencecah lebih 80 kilometer sejam (km/j) semasa nahas berlaku, walaupun prosedur operasi standard biasanya menetapkan perkhidmatan digantung jika angin melebihi 60 km/j.
Susulan insiden itu, pihak pengurusan pusat peranginan tersebut bertindak membawa keluar antara 100 hingga 200 penumpang yang terkandas dalam kira-kira 40 buah gondola lain ke kawasan selamat.
Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca teknikal yang menyebabkan mekanisma keselamatan gagal berfungsi sehingga mengakibatkan kematian di pergunungan Alps tersebut.
Topic Berkaitan
#kemalangan gondola
#Switzerland
#Engelberg
#Gunung Titlis
#angin kencang
#operasi menyelamat
#pelancongan musim sejuk
#insiden kereta kabel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan