Wanita warga emas rugi lebih RM2.2 juta, terperdaya skim pelaburan saham

Mangsa yang berusia 66 tahun diperkenalkan kepada satu pelaburan saham di bawah sebuah syarikat oleh seorang ejen yang menawarkan pulangan dividen sebanyak 10 peratus setiap tiga bulan. - Gambar hiasan
Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM2,262,750 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan skim pelaburan saham yang diperkenalkan oleh seorang ejen sejak tahun 2023.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kes itu kira-kira jam 11.16 pagi, pada Jumaat.
Menurutnya, mangsa yang berusia 66 tahun diperkenalkan kepada satu pelaburan saham di bawah sebuah syarikat oleh seorang ejen yang menawarkan pulangan dividen sebanyak 10 peratus setiap tiga bulan.
“Mangsa kemudiannya membuat beberapa transaksi bayaran secara berperingkat sehingga jumlah keseluruhan mencecah RM2,262,750.
“Bagaimanapun mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan sebelum menyedari dirinya ditipu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
