awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas bimbang rumah akan hanyut ditelan ombak

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
27/01/2021
02:28 MYT
Warga emas bimbang rumah akan hanyut ditelan ombak
Dahulu jarak rumahnya dengan pantai adalah sejauh satu kilometer namun dalam tempoh tiga tahun bermula 2018, jaraknya kini hanya tinggal 10 meter. - Astro AWANI
KUALA NERUS :Seorang warga emas resah mengenangkan rumah yang dipertahankan empat generasi itu akan hanyut ditelan ombak susulan ombak besar yang membadai kediamannya di Kampung Tanjung Gelam, Batu Rakit.
Maizon Embong berkata, ombak kuat yang membadai sejak awal bulan lalu menyebabkan rumah yang didiami lebih 60 tahun lalu, mengalami hakisan yang kritikal.
Warga emas yang berusia 67 tahun itu tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang memikirkan nasib rumah pusaka yang diduduki tiga lagi ahli keluarganya, sekiranya hakisan pantai terus berlaku.
Lebih merisaukannya apabila pergerakannya turut terbatas dan perlu menggunakan tongkat atau kerusi roda kerana penyakit saraf yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.
“Saya lebih takut pada waktu malam apabila ombak menjadi sangat kuat sehingga naik ke tangga rumah.
“Keadaan kali ini paling teruk sekali. Pada 2018, ombak sampai ke pagar sahaja sehingga menyebabkan ia jatuh. Kali ini sudah sampai ke tangga pula,” jelasnya.
Hakisan pantai | Warga emas bimbang rumah pusaka musnah
Katanya lagi jika dahulu jarak rumahnya dengan pantai adalah sejauh satu kilometer namun dalam tempoh tiga tahun bermula 2018, jaraknya kini hanya tinggal 10 meter selepas kawasan berkenaan dibadai ombak.
Jarak yang semakin hampir itu telah merosakkan kawasan kedai makan anaknya pada malam tahun baharu yang menempatkan 20 meja makan dan tandas di perkarangan rumah mereka.
Topic Berkaitan
#ombak besar
#Kampung Tanjung Gelam
#terengganu
#hakisan pantai
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan