awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam sungai

Bernama
Bernama
17/11/2024
20:45 MYT
Warga emas dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam sungai
JBPM Melaka mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan permukaan dan di dalam air bagi mengesan mangsa yang dikenali sebagai Mokhtar Othman, 61 tahun.
ALOR GAJAH: Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan di sini awal pagi semalam.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penolong Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata mangsa dikenali sebagai Mokhtar Othman, 61, dikatakan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Machap kira-kira 1.50 pagi.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.39 pagi yang memaklumkan terdapat seorang lelaki terperangkap dalam tandas awam di Taman Rekreasi Seri Sutera.
"Susulan itu dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dan Ayer Keroh bersama 12 anggota ke lokasi kejadian, namun mangsa dikatakan tiada sejurus pintu tandas berjaya dibuka pasukan penyelamat.
"Kami hanya menemui kenderaan mangsa di lokasi berkenaan selain sepasang selipar di tebing sungai dipercayai milik lelaki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Mengulas lanjut, Zulkhairani berkata siasatan awal menerusi rakaman kamera papan pemuka daripada kereta mangsa mendapati dia hanya mundar-mandir dan tidak masuk ke dalam tandas kerana berkunci.
Beliau berkata berikutan itu, JBPM Melaka mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan permukaan dan di dalam air bagi mengesan mangsa.
"Usaha pencarian masih diteruskan selain unit anjing pengesan juga sudah dihubungi bagi membantu mengesan mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Warga emas lemas
#tergelincir dalam sungai
#JBPM Melaka
#operasi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan