awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang

Bernama
Bernama
30/01/2023
14:53 MYT
Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Bomba menerima panggilan berhubung insiden itu pada 3.15 petang dan mangsa, Thian Joon Jee, 74, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar/ Sinar Harian
KUCHING: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang ekoran kabelnya tersangkut dan diheret sebuah lori simen di Kota Samarahan di sini, kira-kira 3 petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 3.15 petang dan mangsa, Thian Joon Jee, 74, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah lori telah terlekat kabel telekomunikasi dan mengheret kabel tersebut beberapa meter dari lokasi asal sehingga menyebabkan beberapa tiang tumbang di tengah jalan. Dipercayai satu daripada tiang itu telah dilanggar mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya pasukan bomba bertindak memotong kabel yang menghalang laluan kenderaan dan tiang telah dialihkan selepas mendapat kebenaran pegawai Telekom Malaysia yang berada di lokasi kejadian.
Jurucakap memaklumkan operasi dan kerja pembersihan berakhir pada 4.32 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#langgar tiang
#tiang tumbang
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan